Saturday, August 29, 2009

MERAIH DUIT TAMBAHAN DGN PEMASARAN AFFILIATE-2

Bagi yang baru berjinak jinak dalam meraih pendapatan tambahan melalui Pemasaran Affiliate haruslah melihat kepada matlamat yang kecil dulu.Misalnya dalam anggaran RM50/ atau RM100/pendapatan sehari.Disamping itu kita mestilah memahirkan diri dari masa kesemasa.Kerana pembelajaran dalam Pemasaran Affiliate ini adalah satu proses yang berterusan.Haruslah diingat kita juga belajar bagaimana membuat satu perkara hingga berjaya.Berikan masa yang cukup dan kita akan dapat meningkatkan pendapatan kita melalui Pemasaran Affiliate ini.

Selalulah meminda matlamat kita dua minggu atau sebulan sekali. Haruslah diingat bahawa matlamat kita adalah terfokas pada satu arah kejayaan dalam erti kata jumlah pendapatan yang kita mahukan.Catit matlamat kita diatas kertas dan pastikan jelas kelihatan diatas meja kita.Ini akan menolong kita memfokas tenaga yang ada untuk menuju kepada kejayaan itu.

Menghubungkan Masa Depan

Masyarakat professional Pemasaran Affiliate adalah satu kumpulan individu yang sentiasa berhubung diantara satu sama lain. Penyaluran maklumat yang berterusan dan berkongsi masaalah dapat menolong sesama mereka. Mereka boleh belajar daripada kesilapan orang lain.

Pergi luar sana dan menolong orang lain adalah sifat yang bagus untuk diamalkan daripada hanya duduk dirumah memerhatikan perniagaan kita. Ini bersesuaian dengan prinsip kerja pemasaran iatu 'Menolong diri kamu sendiri dengan menolong orang lain'. Falasafah ini bagus untuk diikuti dalam jangka masa panjang dan seterusnya membina sahabat dan membina satu perniagaan yang akan memberikan
kita satu pendapatan tambahan yang berterusan.

Friday, August 28, 2009

MERAIH DUIT TAMBAHAN DENGAN PEMASARAN AFFILIATE

Pemasaran Affiliate adalah satu industri yang begitu pesat berkembang di alam maya ketika ini.Di anggarkan berbilion dollar dapat diraih dengan cara ini dalam setahun di seluruh dunia.

Walau bagaimana pun janganlah kita salah tanggapan yang menganggap pemasaran affiliate itu mudah dan menghiburkan. Sebenarnya ia satu perkara yang sangat serius dan perlu perancangan yang rapi, kepakaran dan usaha yang tak kenal jemu. Seperti usaha usaha yang lain untuk meraih duit ia memerlukan perhatian dan minat yang mendalam.

Sebelum kita memulakan usaha ini, perkara perkara asas perlu disiapkan terlebih dahulu sepertimenyiapkan pejabat kecil dirumah, pengetahuan yang 'up to date', berhubung dengan masyarakat maya dan juga pelaburan bagi memastikan kita satu langkah kehadapan daripesaing kita.

Menyiapkan pejabat di rumah :
Langkah pertama untuk serius dalam bidang ini ialah menyiapkan pejabat kecil dirumah.
Ruang pejabat ini penting kerana kita akan menghabiskan banyak masa diruang kecil ini
menghadap komputer dengan selesa. Talian internet perlu canggih supaya laluan lancar dantidak banyak gangguan.

Belajar perniaggan ini :
Tanpa pengetahuan yang cukup adalah mustahil untuk memulakan usaha ini seperti juga usaha usaha yang lain. Kita mulakan dengan berhubung dengan orang orang berjaya dalam bidang ini.Laburkan sejumlah wang untuk menyertai bengkel bengkel yang berkaitan. Kita menjadi pelajar untuk perniagaan sendiri yang akan menjadikan kita mahir dari hari ke sehari.

Menyiapkan laman web sendiri :
Medium yang penting sekali dalam pemasaran affiliate ini ialah laman web. Laman web iniumpama nyawa bagi manusia. Dengan laman web inilah kita akan membuat pemasaran dan
promosi bagi produk produk affiliate kita. Kita boleh membina laman laman web secara percuma seperti di blogspot.com, my space atau facebook. Kita juga boleh menyewa ruang dengan webhosting untuk menempatkan laman laman web yang kita bina.

Selepas itu barulah kita bolah menetapkan matlamat usaha niaga kita. Kebanyakan orang tidak begitu realistik dalam menetapkan matlamat yang sepatutnya bermula dengan matlamat yangkecil dulu dan kemudian meningkat sedikit demi sedikit. Bukan terus menjadi jutawan dalamsekelip mata.

Tuesday, August 25, 2009

MERAIH DUIT TAMBAHAN DALAM HARTANAH

Hartanah adalah satu daripada bentuk pelaburan yang paling tua dalam sejarah manusia.
Melabur dalam hartanah adalah tak susah dan mudah mendapat keuntungan, dengan
syarat pelabur mestilah mengambil kira risiko kewangan yang rendah.

Contoh yang paling mudah, seorang pelabur melihat satu kawasan perumahan baru dan
mendapati ada potensi untuk berkembang menjadi bandar baru. Dia pun membeli beberapa unit
hartanah disitu. Kalau ramalannya menjadi, dalam masa sepuluh tahun dia boleh jual hartanah
tersebut dengan harga berlipat kali ganda daripada harga asal.

Fenomena ini terjadi diseluruh dunia dan bukan perkara yang asing. Walaupun melabur cara begini mengambil masa yang agak lama, namun dengan pertumbuhan bandar yang sangat pesat
hari ini, pelaburan dalam hartanah memang sangat menguntungkan.

MERAIH DUIT TAMBAHAN


Duit tambahan bermakna duit atau pendapatan yang dihasilkan diluar dari pekerjaan tetap atau kerja biasa. Pendapatan ini boleh digunakan untuk membayar hutang dan bil bil tertunggak atau untuk mengumpul dana bagi modal perniagaan atau membeli barang barang mewah yangtidak pernah terfikir sebelum ini.

Semua orang menginginkan duit tambahan ini tetapi tak ada seorang pun yang mahu melakukan pekerjaan kedua, kerana itu duit tambahan ini biasa dilihat sebagai durian runtuh.

Secara mudahnya duit tambahan ini boleh dicari dengan melakukan kerja-kerja luar seperti
mengambil upah memotong rumput di halaman rumah dan sebagainya. Namun dizaman ledakan
internet sekarang, banyak idea idea yang telah digunakan untuk menghasilkan duit tambahan ini.

'Network marketing' atau rangkaian pemasaran dalam talian telah membawa kejayaan yang besar
kepada syarikat atau pun orang persaorangan. Saya akan memberi contoh dan perincian tantang
duit tambahan ini pada post yang akan datang.