Bagi yang baru berjinak jinak dalam meraih pendapatan tambahan melalui Pemasaran Affiliate haruslah melihat kepada matlamat yang kecil dulu.Misalnya dalam anggaran RM50/ atau RM100/pendapatan sehari.Disamping itu kita mestilah memahirkan diri dari masa kesemasa.Kerana pembelajaran dalam Pemasaran Affiliate ini adalah satu proses yang berterusan.Haruslah diingat kita juga belajar bagaimana membuat satu perkara hingga berjaya.Berikan masa yang cukup dan kita akan dapat meningkatkan pendapatan kita melalui Pemasaran Affiliate ini.
Selalulah meminda matlamat kita dua minggu atau sebulan sekali. Haruslah diingat bahawa matlamat kita adalah terfokas pada satu arah kejayaan dalam erti kata jumlah pendapatan yang kita mahukan.Catit matlamat kita diatas kertas dan pastikan jelas kelihatan diatas meja kita.Ini akan menolong kita memfokas tenaga yang ada untuk menuju kepada kejayaan itu.
Menghubungkan Masa Depan
Masyarakat professional Pemasaran Affiliate adalah satu kumpulan individu yang sentiasa berhubung diantara satu sama lain. Penyaluran maklumat yang berterusan dan berkongsi masaalah dapat menolong sesama mereka. Mereka boleh belajar daripada kesilapan orang lain.
Pergi luar sana dan menolong orang lain adalah sifat yang bagus untuk diamalkan daripada hanya duduk dirumah memerhatikan perniagaan kita. Ini bersesuaian dengan prinsip kerja pemasaran iatu 'Menolong diri kamu sendiri dengan menolong orang lain'. Falasafah ini bagus untuk diikuti dalam jangka masa panjang dan seterusnya membina sahabat dan membina satu perniagaan yang akan memberikan
kita satu pendapatan tambahan yang berterusan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment