Friday, August 28, 2009

MERAIH DUIT TAMBAHAN DENGAN PEMASARAN AFFILIATE

Pemasaran Affiliate adalah satu industri yang begitu pesat berkembang di alam maya ketika ini.Di anggarkan berbilion dollar dapat diraih dengan cara ini dalam setahun di seluruh dunia.

Walau bagaimana pun janganlah kita salah tanggapan yang menganggap pemasaran affiliate itu mudah dan menghiburkan. Sebenarnya ia satu perkara yang sangat serius dan perlu perancangan yang rapi, kepakaran dan usaha yang tak kenal jemu. Seperti usaha usaha yang lain untuk meraih duit ia memerlukan perhatian dan minat yang mendalam.

Sebelum kita memulakan usaha ini, perkara perkara asas perlu disiapkan terlebih dahulu sepertimenyiapkan pejabat kecil dirumah, pengetahuan yang 'up to date', berhubung dengan masyarakat maya dan juga pelaburan bagi memastikan kita satu langkah kehadapan daripesaing kita.

Menyiapkan pejabat di rumah :
Langkah pertama untuk serius dalam bidang ini ialah menyiapkan pejabat kecil dirumah.
Ruang pejabat ini penting kerana kita akan menghabiskan banyak masa diruang kecil ini
menghadap komputer dengan selesa. Talian internet perlu canggih supaya laluan lancar dantidak banyak gangguan.

Belajar perniaggan ini :
Tanpa pengetahuan yang cukup adalah mustahil untuk memulakan usaha ini seperti juga usaha usaha yang lain. Kita mulakan dengan berhubung dengan orang orang berjaya dalam bidang ini.Laburkan sejumlah wang untuk menyertai bengkel bengkel yang berkaitan. Kita menjadi pelajar untuk perniagaan sendiri yang akan menjadikan kita mahir dari hari ke sehari.

Menyiapkan laman web sendiri :
Medium yang penting sekali dalam pemasaran affiliate ini ialah laman web. Laman web iniumpama nyawa bagi manusia. Dengan laman web inilah kita akan membuat pemasaran dan
promosi bagi produk produk affiliate kita. Kita boleh membina laman laman web secara percuma seperti di blogspot.com, my space atau facebook. Kita juga boleh menyewa ruang dengan webhosting untuk menempatkan laman laman web yang kita bina.

Selepas itu barulah kita bolah menetapkan matlamat usaha niaga kita. Kebanyakan orang tidak begitu realistik dalam menetapkan matlamat yang sepatutnya bermula dengan matlamat yangkecil dulu dan kemudian meningkat sedikit demi sedikit. Bukan terus menjadi jutawan dalamsekelip mata.

No comments:

Post a Comment