
Perniagaan MLM adalah satu peluang yang bagus untuk kita berkerja dari rumah. Berkerja dari rumah akan memberi kita kebebasan yang kita inginkan dan meraih duit tambahan yang kita idamkan. Dengan cara ini kita akan sentiasa berada disamping anak anak, memasak untuk mereka dan masih cukup masa untuk berkerja. Berkerja dari rumah dengan perniagaan MLM boleh menjadi satu peluang yang sangat menarik, namun kita haruslah memilih satu jenis perniagaan yang sesuai dengan kita.
Teknologi baru telah banyak mengubah system perniagaan MLM ini. Penambah baikan dalam khidmat pelanggan, perhubungan dengan pekerja MLM, manakala komisen dapat dimunafaatkan dalam cara yang dulunya mustahil dilakukan. Sejarah MLM bermula diUSA sekitar tahun 50'han dengan produk produk seperti makanan kesihatan, produk kegunaan dirumah dan kosmetik. Telah dicatatkan dalam tahun 80'han perniagaan MLM ini telah berkembang pesat denagn produk insuran dan khidmat panggilan jarak jauh. Menjelang abad ke-21, kemajuan teknologi banyak menolong industri MLM berkembang kepada kad kredit dan khidmat guaman 'pre-paid'. Industri ini akan terus dapat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi. Gabungan teknologi baru dengan jualan cara lama menjadikan MLM ini diterima oleh semua orang termasuk mereka dari dunia perniaggan biasa. KIta dapat meraih pendapatan daripada jualan ahli bawahan yang kita didik dan jualan ahli bawahan mereka dan seterusnya.
Bagusnya berkerja dari rumah ialah tak perlu bayar gaji pekerja, tidak ada kos pengiklanan, tak ada kos pejabat, tak perlu mengutip hutang, tak perlu jumpa pelanggan dan produk yang ditempah akan dihantar terus kepada mereka. Semua diuruskan oleh pihak syarikat. MLM telah mendapat reputasi buruk melalui laporan media. Namun banyak syarikat syarikat MLM berjaya mengendalikannya berlandaskan undang-undang dan sangat berjaya.
Perlu diingatkan, apabila memilih peluang perniagaan MLM untuk anda sendiri,pilihlah syarikat yang telah lama wujud. Perlu juga diingatkan banyak penipuan telah terjadi dilakukan oleh operator bidan terjun. Tapi ini tidak bermakna kita harus menghindari syarikat baru. Cuma harus selalu berhati hati agar nasib malang tak menimpa kita. Pastikan syarikat ada program latihan, ada pelan ganti rugi yang adil dan mempunyai produk yang telah terbukti untuk sekian lama.
Peluang perniagaan MLM dari rumah ini menjanjikan tiga kualiti; pengendalian masa dan duit, pendapatan yang berterusan, pertumbuhan tetap yang berganda. Dalam memilih peluang perniagaan MLM ini, fikirkan kepentingan diri sendiri dulu, pilih yang sesuai dengan anda bukan sesuai dengan orang yang memujuk anda. Kaji apa yang kita sendiri mahu dan sesuai dengan pengetahuan dan latar belakang kita. Ambil sedikit masa untuk memilih yang paling sesuai. Ramai orang bermula secara sambilan dulu. Nasihat ini harus diberi perhatian memandangkan keinginan yang kuat untuk berkerja sendiri kadang kadang membawa bencana. Kita tidak perlu melepaskan jawatan bagi memastikan kita cukup duit untuk membiyai kehidupan kita hari hari sebelum perniagaan MLM kta berjaya. Dengan mengekalkan ikatan kita boleh menjadikan rakan rakan sekerja selama ini menjadi pelanggan atau 'downline'kita. Jangan sesekali terpengaruh dengan tawaran yang terlalu baik dan tak ada cacat celanya kerana syarikat bidan terjun selalunya tidak ada tanggung jawab yang perlu ditunaikan.
Gunakan kebijaksanaan kita, nescaya kita akan berjaya berdiri diatas kaki kita sendiri.
No comments:
Post a Comment