Friday, September 4, 2009

MENCARI PELUANG MERAIH DUIT TAMBAHAN

Peluang untuk menghasilkan duit tambahan biasanya peluang berkerja dari rumah yang boleh menolong menambahkan pendapatan bulanan biasa anda. Ramai orang mengintai peluang untuk berkerja dari rumah kerana beberapa sebab.

1. Kebanyakan orang berfikir yang mereka telah tewas dalam percubaan untuk mengimbangi diantara kerja dengan keluarga.Jika mereka berkerja 12 jam diluar rumah tetapi hanya berupaya menampung belanja asas untuk kehidupan keluarga sahaja.Apabila pulang kerumah sudah sangat letih untuk mengabiskan masa dengan mereka. Adakah ini berbaloi?

2. Keinginan yang membara untuk berjaya dan kebebasan kewangan dengan cara menghasilkan duit tambahan selain gaji bulanan dengan mencari peluang berkerja dari rumah yang sangat popular ketika ini.

Dengan berkerja dari rumah kita akan dapat lebih masa bersama keluarga terutama anak anak, ada masa untuk tanggung jawab sosial dan yang penting kebebasan kewangan. Kita juga berpeluang untuk menjadi bos sendiri dengan masa kerja kita sendiri.

Bagaimana cara untuk mencari peluang yang boleh menghasilkan duit tambahan ini? Disini ada beberapa cadangan untuk anda fikir fikirkan

1. Buat kajian dan analisa diri sendiri, kebolehan dan keupayaan sendiri mungkin dalam bidang Pemasaran, Penulisan, Pengaturcara, Melukis pelan dan apa saja yang menjadi kepakaran anda.

2. Buat kajian apa yang kawan dan keluarga melihat kepada diri anda. Apa yang mereka hargai dan apa yang mereka kritik pada diri anda. Ini akan dapat memendekan senarai pilihan anda'

3. Cuba mencari perbezaan atau keserasian dengan pekerjaan biasa anda.

4. Tanya kepada diri anda sendiri tentang kepuasan kerja yang anda ada sekarang dan
kemungkinanya kalau anda ada peluang menghasilkan duit tambahan yang sesuai.

5. Buat analisa tentang skil skil yang anda ada tetapi telah lama tak digunakan setelah anda mendapat kerja tetap.Tanya pada diri sendiri jika anda selesa untuk menggunakan skil tersebut bagi menjana duit tambahan.

Selepas membuat perkara yang diatas, kaji dan analisa peluang yang ada dengan berbincang dengan rakan rakan yang telah berjaya dalam menghasilkan duit tambahan atau pun menggunakan internet untuk mencari peluang yang sesuai dengan skil anda.Senaraikan peluang yang ada mengikut kesesuaian sekurang kurangnya 5 jenis peluang. Bermulalah dengan skala kecil dulu. Korbankan masa sekurang kurangnya 1 jam sehari. Cuba dulu sebelum membuat apa apa komitmen.

Tengok dulu perkembangan selepas 1 hingga 2 bulan dan kira berapa duit tambahan yang telah dihasilkan. Kalau kerja itu sesuai dan ada potensi untuk berkembang kearah matlamat yang telah dirancang, Gandakan masa dan usaha untuk meraih lebih banyak pendapatan. Tetapi kalau dirasakan kerja itu tidak mengembirakan kenalah ubah kepada senarai peluang yang kedua.

Harus dingat segala peluang ini secara dasarnya telah diamalkan oleh lain lain proffesional dan mestilah dilayan dan dijaga secara proffesional. Anda tidak boleh hanya dengan relax, baring dan mengharapkan hasilnya. Satu satu kelebihanya adalah anda akan melakukan kerja yang anda suka dan mendapat pulangan yang lumayan.

No comments:

Post a Comment